Friday, May 18, 2012

Kuala Lumpur International Book Festival 2012 (KLIBF'12)

Assalamualaikum semua..
hari ini saya nak bercerita mengenai KLIBF'12 yang telah lama melabuhkan tirai..
hehehe..bermula 27 April - 6 Mei 2012..

erm hari ke-2 pergi pada 28 April 2012, 10 buah buku aku borong..
tapi mesti lah sebelum pergi memborong, kami yang kaki novel ni buat survey dulu...
sampai sana jek, aku dengan hajar terus ke destinasi..hehehe..
jimat masa woo..ingatkan nak tengok2 kedai jek dulu, tapi ne ley tahan beb..
hahaha..so apa lagi, pergi jek booth terus capai novel yang nak di cari..
pelan asal nak berjalan dengan hajar, sarah dan norhan..
tapi memandangkan saya & hajar ni hantu novel, dah jumpa terus serbu..
takde nak tunggu2 lagi nie..hehehe..
tapi tahun ni tak meriah seperti tahun2 sebelumnya sebab..
tahun ni tak banyak booth jual buku kanak2..then offer pun tak meriah..
huhuhu..memang kena pandai membandingkan harge dan offer..
erm..lepas solat zuhur, baru sarah dan norhan sampai..
dan of course la aku dan hajar da surrender..
penat woo kaki nak tawaf pwtc tu lagi..
last2 kteorang biarkan sarah dan norhan jalan sesame dan kami chow la..hehehe..
kebetulan hari yang kami pergi pesta buku tu, berlangsungnya 
BERSIH 3.0...hahaha..menyampah betul..
jap yer nanti aku cerita..
here is the novel that i purchase on 28th April 2012 @ PWTC 


  

 dan pada hari terakhir KLIBF'12 iaitu pada 6 Mei 2012 sekali lagi aku pergi sana...
hehehe...this time with my mum, my sister so as my 2 siblings..
memang masyuk la sebab ramai orang kot..pergh..dasyat..
sempat lagi la aku mencapai 2 lagi novel terbitan Jemari Seni..
tapi maaf yer tak sempat nak upload gambar novel2 tu..
tak terkecuali buku motivasi 
berjudul 'Kahwin Pada Usia Muda'..
lebih kurang macam tu la tajuknya..hehehe..sudey tak ingat ma..
tau tak apa aku cakap pada adik aku..
"erm semua novel ni simpanan untuk bacaan 1 tahun, lepas ni dah takde nak beli novel lagi"..
hahaha..tapi tengok tak sampai 2 bulan, semua novel2 di atas telah ku khatamkan..
so sekarang dah takde novel nak baca..huhuhuh..
sedih tol.. :(
itu la adik aku dah pesan dan siap cakap lagi
"ko nak habiskan semua novel tu dalam masa sekarang ke?"
tengok sekarang memang betul dah habis pun..huhuhu..

next story before i end my story about KLIBF'12,
ada sedikit cebisan cerita mengenai BERSIH 3.0 yang tak berapa nak bersih 2..
erm..pepagi lagi dalam tren nak ke pwtc aku dah nampak polis berjaga-jaga sekitar 
Dataran Merdeka..umat dalam tren..pergh memang la ramai..
dah penuh tren pun tetap nak masuk dan sumbat gak..
tak paham betul la aku..tapi takpe la kan..
tak tahu la pulak masa nak balik masih tak habis lagi..
alhamdulillah masa tu aku pakai Touch N Go..kalau tak..
mahu sampai malam tak dapat beli tiket (tipu jek)..hehehe..
dah tu, kesian pada mereka yang naik tren nak stop kat masjid jamek dan plaza rakyat..
ini sebab tren tak stop dekat stesen berikut disebabkan peserta bersih nie la..
da la dalam tren mereka jek yang ramai..
siap nk maki n marah2 polis dan fru lagi..
memang tak patut, sebab pada aku la kan..
mereka yang salah, bukan polis mahupun fru..
kalau tak disebabkan mereka berhimpun dan buat kacau..
aku tak rasa polis akan bertindak..betul tak???
lu pikir la sendiri.. :)
erm..apa2 pun setiap yang berlaku perlu ada sebab dan bukan di lakukan secara membuta tuli..
sebab yang merasa kesan daripadanya adalah 
mereka yang tak terlibat dan yang tidak bersalah..
renung2kan lah yer semua kawan2..

okay la..till next time..
terima kasih sebab sudi membaca..
assalamualaikum...

created by
iyads

No comments:

Post a Comment